KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PERUNTUKAN KEWANGAN JAKIM UNTUK NEGERI SELANGOR


Bil. 13/2023


1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan pada Selasa 2 Mei 2023

telah menyerahkan cek cura Peruntukan Kewangan JAKIM bagi tahun 2023 untuk

negeri Selangor. Agihan berjumlah RM56,412,369.60 tersebut merupakan imbuhan

tahunan dan elaun kepada 11,558 guru KAFA, imam, bilal, siak & guru takmir

seluruh Selangor.


2. YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mempersembahkan peruntukan

tersebut kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris

Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Alam

Shah, Klang Selangor Darul Ehsan.


3. Perincian peruntukan ini adalah bagi pembayaran imbuhan sebanyak

RM850.00 (sebulan) kepada 752 imam, elaun sebanyak RM900.00 (sebulan) kepada

242 guru takmir, elaun sebanyak RM1,261.35 (sebulan) kepada 2,800 guru KAFA,

caruman PERKESO sebanyak RM232.80 (setahun) kepada 2,482 imam, bilal, siak &

guru takmir. Peruntukan ini juga termasuk bayaran khas One-Off sebanyak RM600.00

kepada 752 imam, 1488 bilal & siak, 242 guru takmir dan 2,800 guru KAFA.


4. Peruntukan Kewangan JAKIM kepada negeri Selangor ini adalah sebahagian

daripada jumlah RM1.5 bilion bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam

tahun 2023 yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana

Menteri dan Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat

pada Februari lalu.


5. Semoga dengan peruntukan tersebut pengurusan hal ehwal Islam di negara ini

akan dapat terus diperkasakan bagi membina generasi Al-Falah (berjaya) yang

berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Sekian.


DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


2 Mei 2023



Post a Comment