Mula berjinak-jinak dengan pokok hiasan dihalaman rumah sendiri setelah terpengaruh dengan Group-group bonsai. Sebelum tu percubaan tanam pokok buah-buahan dah berjaya dapat hasil. Berjaya tanam ciku,mempelam dann durian belanda. Mempelam dan ciku berbuah tanpa henti, ciku terutamanya memang kena petik setiap bulan 1 besen penuh sebab kalau tak petik buah akan gugur bersepah. Oleh kerana kawasan tanah terhad di rumah, tanaman hiasan seperti bonsai pula jadi keutamaan.



Disamping bonsai ada juga la geli-geli tanam pokok-pokok bunga yang lain. Pokok-pokok pilihan my wife

Di group AKADEMI BONSAI MALAYSIA saya dapat banyak maklumat mengenai Bonsai, nama pokok, tips penanaman, penjagaan,perbandingan baja, harga dan sebagainya. Disini banyak juga dapat tahu dan kenal mengenai sifu-sifu bonsai, seller pokok dan seller Pot bonsai. Diantara topik-topik pokok yang selalu jadi perbincangan ialah pokok Cucur Atap, Sakura, Ficus Ginseng, Buxus, Jeliti, Asam Jawa, Maba Hitam, Fukien Tea, Juniper Taiwan, bonsai Bougenville dan banyak lagi.

JOM KITA LIHAT SIAPA ENTITI YANG TERLIBAT DALAM KARYA BONSAI YANG MEMUKAU

Diantara yang menarik perhatian saya ialah:-

CASA DECO BONSAI yang selalu share hasil-hasil pulasan dawai pada pokok yang dimilikinya, gambar-gambar proses pokok-pokok yang under training dan sebagainya. (Sesiapa yang ingin tengok lebih lagi pada FB beliau, boleh sentuh Nama beliau yang bertulisan biru dan anda akan dibawa terus ke FB beliau.)

Post a Comment